makanan bangsaku (bugis)...

assalamualaikum...kali ni gua nak share sikit ngan mengkome2 smua tentang makanan bugis....makanan2 ni smua hak cipta orang bugis sndiri...smuanya sdp2 belaka kalau pndi makan lah.....klu x pndi mmg rasa lain lah...klu gua smua mknn ni gua rembat....jom tgk makanan popular orang bugis ni....di sini gua sertakan sekali cara2 membuatnya...mcm rancangan masak2 pla dah....mana lah tau korang nak try test kinam buatnya....


                                              Burasak Bugis 

Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe.
Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
Tali rafia dan gunting

cara-cara menyediakannya
1. Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe…), senduk sedikit letak atas daun pisang muda
2. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt…. yang sedang2 saja…
3. Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
4. Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
(sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak likku(lengkuas)...lihat gmbr kat bwh ni...




                                                              Ayam Masak Lengkuas (Likkuk)




Bahan-bahan untuk Ayam Masak Lengkuas (Likkuk)
1/2 kg Lengkuas (bersihkan & parut)
1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
5 ulas bawang merah (tumbuk halus)
5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
3 btg serai (ketuk)
1 liter santan pekat (3 biji kelapa)
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)
serbuk kunyit

Cara membuat
1. Didihkan santan diatas kuali. Setelah mendidih masukkan lengkuas yang telah diparut. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, serbuk kunyit, garam dan perasa. Setelah sebati, masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sekali sekala. Setelah ayam masak boleh lah dihidangkan.

Nota Tambahan
Ianya selalu disediakan pada hari raya.




                                                                               Onde-Onde


Bahan-Bahan:

300 gm tepung pulut

1 ketul gula merah - dipotong kecil
daun pandan - dikisar dengan sedikit air

½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari
(ambil putihnya sahaja)

Cara:

Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
Bubuh gula merah di tengahnya dan tutup semula.
Jerang air panas hingga menggelegak.
Masukkan kuih tadi.
Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.....




                                                                                   kuek koci  


 Bahan-Bahan:
1. 1 bungkus tepung pulut
2. 2 mangkuk santan (setengah mangkuk
3. santan dimasak hingga pecah minyak)
4. Sedikit garam
5. Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Bahan membuat inti:
1. 1 biji kelapa parut
2. ½ cawan gula kabung
3. 1 cawan gula pasir
4. 2 helai daun pandan
Cara membuatnya
Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu.




                                                                           Gambang (Tapai) 


* 1 kg beras pulut
* 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
* daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari

nota: tak memabukkan...



                                                                          BANDANG PISANG


Bahan-bahan
2 biji kelapa diparut dan (guna 2 mangkuk air santan)
1 mangkuk tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam halus
Buah pisang secukupnya
Daun pisang

Cara-cara

Pisang dibuang kulit dan dibelah 4 dan gaulkan sedikit dengan gula. Masukkan tepung gandum, tepung beras bersama-sama mangkuk santan kemudian masak hingga likat. Setelah likat masukkan adunan tadi ke dalam daun pisang dan dilenyek. Kemudian letakkan pisang yang telah dibelah tadi ke atas adunan tepung yang telah dilenyek tadi setelah siap bungkus daun pisang tersebut dan ia siap untuk dikukus. Kukus sehingga ia masak.



                                                                       Sanggar Pappek


penyediaan Sanggar Pappek:
ambil pisang muda beli
buang kulit n basuh..
panaskan minyak n bila sdh panas.....
masukkan pisang yg siap d basuh td..
goreng hingga kekuningan....
tuskan kemudian tumbuk hingga rata @ leper "jgn sampai hancur"..
kemudian goreng semula hingga garing...
tus siap utk di hidang.....
makan ketika masih panas2..."marasa tanta"


penyediaan sambal belacan

Bahan-bahan:
( 1 mangkuk )
1 cawan cili padi

1/4 cawan gula

1/4 cawan garam

1 sudu besar belacan

1 biji tomato

1/2 biji bawang besar

1/2 biji lemon diambil airnya

Sedikit air masak

Cara-cara:
Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing

Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w
(klu susah..bakar d kuali @ kayu api...baru malundrak) selama 2 minit atau boleh juga dibakar
Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas



                                                                         BERONGKO



Ingredients:
Pisang sdh masak dan ranum, satu sisir.
Gula, enam sendok makan.
Telur, 5 biji.
Santan, 1 gelas.
sedikit garam

tambahan: daun pisang dan lidi untuk penyemat.


Directions:
1. Ambil daun pisang dan buang tengahnya (yg ada hitam2nya). Campur semua bahan dan blender.
2. Ambil daun pisang, bentuk seperti buat bungkus pecel . Isi dengan adunan pisang di atas.
3. Tutup atasnya dengan menyematkan lidi.
4. Kukus sekitar 15-20 menit.
5. Sejukkan masukkan ke dalam peti sejuk , rasakan nikmatnya:-))



                                                          Pisang ijo nama saintifik, green banana



BAHAN:
175 g tepung beras, ayak
1/2 sdt garam
300 ml air
100 ml air daun suji
1/2 tetes pewarna hijau
50 g tepung sagu
6 buah pisang raja matang

Bubur:
800 ml santan dari 1 butir kelapa parut
50 g tepung beras
75 g gula pasir
1 lembar daun pandan, simpulkan
1/4 sdt garam

Pelengkap:
Es Serut
100 ml sirop cocopandan, siap pakai
100 ml susu kental manis

CARA MEMBUAT:
• Campurkan tepung beras, garam, air, air daun suji, dan pewarna hijau, aduk rata. Jerang di atas api kecil hingga mendidih sambil aduk-aduk agar adonan tidak berbutir. Angkat.
• Masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit sambil aduk-aduk hingga kalis. Bagi adonan menjadi 6 bagian. Bulatkan dan tipiskan hingga 1/2 cm.
• Balut setiap pisang dengan adonan tepung beras hingga semua bagian tertutup rata.
• Rebus pisang dalam air mendidih hingga mengapung dan adonan matang. Angkat. Tiriskan. Sisihkan.
• Bubur: Campurkan santan, tepung terigu, gula pasir, daun pandan dan garam, aduk rata. Jerang di atas api sedang sambil aduk-aduk hingga kental. Angkat.
• Penyajian: Potong-potong pisang ijo. Letakkan di atas piring saji. Tuangkan bubur. Tambahkan es serut, sirop, dan susu kental manis.
• Sajikan segera.
Untuk 6 porsi



                                                                                   TUMBU'Q


Bahan-bahan:

2kg beras pulut,
1/2kg santan pekat,
garam.
Bahan-bahan untuk membungkus Tumbu Bugis:

Daun pisang,
Tali,
Gunting.
Cara memasak Tumbu Bugis:
Rendam 20 minit beras pulut kemudian toskan. Santan kelapa dipanaskan sehingga naik minyak dan jugan lupa bubuh garam secukup rasa. Adunkan beras pulut dan santan sehingga rata dan biarkan ia seketika di bekas yang rata untuk sejuk.

Selepas itu, sediakan bekas berbentuk bulat, kalau tiada, boleh gunakan batang bambu, saiz ikut selera anda.




                                                                                  Perkedel


* 2 boggol jagung manis, sisir kasar
* 50 gram tepung terigu
* 25 gram tepung beras
* 2 batang daun seledri, iris kasar
* 2 batang daun bawang, iris halus
* 2 butir telur, kocok sebentar
* 200 ml air
* minyak goreng secukupnya


Cara Membuat Perkedel :

1.Masukkan jagung dan sisa bahan lain, aduk.
2. Panaskan minayk goreng cukup banyak di atas api sedang, lalu goreng adunan hingga matang. Angkat dan tiriskan.




macam???? ada selera tak.....???klu gua tgk gambar pun dah selera..klu ada dpn mata lg lah.....mmg x de peluang orang kat blkg....korang rasa mn yang paling gua suka......????sebenarnya smua pun gua suka..tp yg pling gua sayang mestilah burasak..(gambar first) ni mesti ada klu raya...klu x da, x bermkna raya bagi gua...hehehe...ok lah.. kepada wanita2 kat luar sana korang belajar lah buat k...mn lah tau nnti ada jodoh ngan pemuda bugis mcm gua ni....hehehe.....

p/s: gua bangga jd anak jati bugis...banggalah dengan bangsa anda sendiri....


No comments:

Post a Comment